Kali ini saya nak berikan sedikit review berkenaan dengan tempat menarik di Kelantan yang anda boleh jadikan sebagai satu destinasi percutian yang menarik. Sebenarnya memang banyak tempat yang menarik untuk dilawati di Kelantan dan orang Kelatan juga agak ramah dan pandai melayan tetamu.
Tempat Perlancongan di Kelantan
Kelantan tidak seperti Terengganu dan Pahang yang mempunyai keunikan pulau-pulau menarik yang tersendiri. Walaupun tidak mempunyai pulau yang cantik, tetapi Kelantan tidak kalah dengan destinasi perlancongan dan tempat-tempat menarik yang bagi saya sangat bagus untuk dijadikan destinasi percutian dan merehatkan minda di sini.
Tempat Menarik di Kota Bharu Kelantan
Kota Bharu sendiri merupakan satu tempat menarik di Kelantan. Banyak tempat yang menarik dan sesuai untuk anda lawati di Kota Bharu.
Pasar Siti Khadijah
Pasar Siti Khadijah ini terletak di Kota Bharu, Kelantan. Pasar ini sangat popular kerana menjual pelbagai barangan seperti baju, kain pasang, kuih muih dan keropok lekor. Sebenarnya banyak lagi yang dijual di sini, apapun jemput datang ke Pasar Siti Khadijah dan alami sendiri pengalaman anda di Kota Bharu di Pasar Siti Khadijah.
Perlu diingatkan yang pasar ini beroperasi dari pukul 6.00 pagi sehingga 7.00 malam. Jika anda nak bershoping di malam hari, Pasar Siti Khadijah bukanlah tempatnya, saya cadangkan anda ke Pasar Wakaf Che Yeh.
Pasar Wakaf Che Yeah
Pasar Wakaf Che Yeah ini menjual pelbagai barangan dari makanan, kain, baju kanak-kanak, kasut sukan, kopiah, dan pelbagai lagi sehingga saya pun tak tahu nak apa lagi yang di jual di sini. Kepada kaki-kaki shopping tu, anda digalakkan ke sini. Tapi… saya nak bagi satu tips bila berurusniaga di sini.
**Jika ada rakan-rakan atau adik beradik yang boleh berbahasa Kelantan, atau loghat Terengganu, biarkan mereka berurusniaga. Harga yang dijual kepada orang yang boleh berbahasa tempatan adalah lebih murah. Kain pasang dijual dengan harga RM30 kepada orang tempatan, dan Rm60 kepada orang luar, cara mereka membezakan antara orang luar dan tempatan, dialek percakapan. Kalau anda tidak tahu bahasa tempatan, wakaf Che Yeh tidaklah menarik sangat, kerana harga yang dikenakan kepada anda lebih mahal.
**Pasar ini hanya dibuka pada waktu malam sahaja.
Kedudukan pasar ini tidak jauh daripada Pasar Siti Khadijah, di dalam Kota Bharu juga. Kaki shopping tu, sinilah tempatnya.
Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur
Kawasan yang menarik untuk anda jadikan satu destinasi shopping. Seperti wakaf Che Yeh, anda akan mendapat harga lebih murah jika boleh berbahasa Kelantan secara natural :p. Seperti wakaf Che Yeh, Rantau Panjang juga tidak kurang banyak barangan yang dijual cuma Rantau Panjang terletak hampir ke sempadan Thailand manakala Wakaf Che Yeh berada di Kota Bharu. Jika tidak sempat ke Rantau Panjang, Wakaf Che Yeh pun satu tempat yang menarik untuk dijadikan tempat shopping yang menarik.
Percutian Pantai Menarik di Kelantan
Kelantan juga terkenal dengan pelbagai destinasi menarik untuk dijadikan tempat bercuti dan lepak-lepak. Jom kita lihat satu-satu tempat percutian pantai yang menarik di Kelantan.
Pantai Cahaya Bulan
Antara destinasi popular di Kelantan adalah Pantai Cahaya Bulan. Anda tidak boleh mandi di pantai ini kerana permukaan pantai berbatu bukan berpasir. Tapi masih boleh bersama dengan anak-anak untuk bermain layang-layang. Ramai peniaga yang menjual layang-layang di sini, tidak kurang juga yang menjual pelbagai makanan dan minuman. Jika anda berminat dengan suasana pantai di Kelantan, saya cadangkan untuk anda book hotel ….. Kerana terletak berhampiran pantai Cahaya Bulan atau Cinta Berahi ini.
Pantai Irama di Bachok Kelantan
Seterusnya adalah pantai Irama di Bachok Kelantan. Pantai ini juga tidak kurang menarik dengan pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Kawasan pantai tapi masih kurang sesuai untuk mandi-manda. Apapun masih boleh bermain layang-layang di sini. Kalau anda ingin menginap di kawasan pesisir pantai, saya galakkan anda pergi ke Pantai Cinta Berahi kerana lebih banyak chalet yang ada di sana.
- Antara pantai lain yang popular di kelantan adalah
- Pantai Tok Bali
- Pantai Bisikan Bayu
- Pantai Sri Tujoh di Tumpat
Jika berkesempatan saya akan berikan review berkenaan dengan kesemua pantai-pantai ini.
Tempat Menarik di Kelantan lainnya
Destinasi lain tempat bersejarah di Kelantan adalah di
- Muzium Kelantan
- Muzium Perang
- Istana Jahar
- Istana Batu
- Kampung Kraftangan
- Gelanggang Seni
Ada lagi air terjun di Kelantan yang boleh dijadikan tempat rekreasi. Jika anda lebih sukakan suasana air terjun, di sini ada beberapa air terjun yang boleh dijadikan tempat rekreasi untuk anda berehat bersama keluarga tercinta.
Jeram Pasu – Kawasan rekreasi air terjun yang cukup popular di Kelantan. Airnya jernih dan sejuk serta udara yang segar dan nyaman sesuai dijadikan lokasi perkelahan keluarga.
Jeram Linang – Terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, Machang. Jeram Linang adalah air terjun yang terkenal di Kelantan sebagai tempat rekreasi untuk perkelahan dan mandi manda.
Lata Rek – Terletak di Jajahan Kuala Krai, air terjun Lata Rek memiliki air terjun setinggi 20 meter dan 100 meter panjang. Kolam airnya tidak terlalu dalam dan sesuai untuk kanak-kanak mandi dan bermain air.
Saya akan berikan lebih banyak review berkenaan dengan air terjun yang menarik di Kelantan. Apapun, itulah serba sedikit tempat atau destinasi percutian yang menarik di Kelantan. Jika anda berkesempatan, bolehlah pergi ke tempat-tempat di atas dan nikmati sendiri keunikan negeri Kelantan. Kerana Kelantan adalah salah satu tempat yang menarik di Malaysia.
The post Tempat Menarik di Kelantan Yang Anda Mesti Pergi appeared first on Asukavi Travel.
from Asukavi Travel http://bit.ly/1ppgvHd
0 ulasan:
Catat Ulasan