Pengangkutan udara semakin mendapat permintaan bagi anda yang ingin melancong dan bercuti di dalam dan luar negara, lebih-lebih lagi dengan wujudnya “Year of Festival 2015”. Sekarang ini, banyak syarikat penerbangan termasuk penerbangan tambang murah yang menyediakan laluan penerbangan inbound atau outbond ke Kota Bharu, Kelantan iaitu berlepas atau mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa Kelantan.
Antara syarikat yang menawarkan penerbangan dari/ke Kota Bharu termasuklah penerbangan Malaysia (MAS), Air Asia, Malindo Air dan Firefly. Setiap syarikat ini mempunyai kekerapan dan laluan antara bandar yang berbeza di peringkat domestik dan antarabangsa. Jadi, anda bolehlah memilih penerbangan berdasarkan lokasi dituju serta pelbagai tawaran penjimatan dan kemudahan yang disediakan di setiap syarikat penerbangan.
Syarikat Penerbangan: Malaysia Airlines
Laluan: Kota Bharu (KBR) Kuala Lumpur (KUL) (Setiap hari)
Syarikat Penerbangan: Air Asia
Laluan:
- Kuala Lumpur (KUL) Kota Bharu (KBR) (Setiap hari)
- Kuching (KCH) Kota Bharu (KBR) (3 kali seminggu)
- Kota Kinabalu (BKI) Kota Bharu (KBR) (3 kali seminggu)
Syarikat Penerbangan: Malindo Air
Laluan:
- Kuala Lumpur (KUL) Kota Bharu (KBR)
- Penang (PEN) Kota Bharu (KBR)
- Subang (SZB) Kota Bharu (KBR)
- Melaka (MKZ) Kota Bharu (KBR)
- Ipoh (IPH) Kota Bharu (KBR)
Syarikat Penerbangan: Firefly
Laluan:
- Johor Bahru (JHB) Kota Bharu (KBR) (3 kali seminggu)
- Penang (PEN) Kota Bharu (KBR) (Setiap hari)
- Subang (SZB) Kota Bharu (Setiap hari)
- Langkawi (LGK) Kota Bharu (3 kali seminggu) – Bermula 27 Oktober 2015. Tiket sudah boleh ditempah sekarang
Penerbangan mana pilihan anda?
Dengan pelbagai kemudahan pengangkutan udara yang disediakan, kini percutian anda ke Kelantan atau ke mana sahaja semakin mudah. Yang mana pilihan anda?
sumber. cutikelantan.com
0 ulasan:
Catat Ulasan