nametag

nametag

banner

banner

namecard

namecard

button badge

button badge

kad kahwin

kad kahwin
Ikuti Facebook dan Instagram Kami!

Facebook | Instagram

Rabu, 18 Mei 2016

Cadangan aktiviti percutian di Kelantan


Cadangan jadual yang kami disediakan adalah untuk 3 hari 2 malam yang paling ideal berdasarkan pengalaman kami sebagai warga Kelantan sendiri. Namun, anda bebas memilih dan memindanya bergantung kepada kesesuaian percutian anda.
HARI PERTAMA
Katakan anda sampai di Kota Bharu, Kelantan pada waktu pagi. Sebelum check-in hotel atau guesthouse pada jam 2.30 petang, anda bolehlah bersarapan terlebih dahulu. Antara kedai sarapan yang mesti di cuba di Kota Bharu ialah Kopitiam Kita, Nasi Kak Wok, Nasi Ayam Kampung dan lain-lain. Baca lebih detail senarai tempat breakfast yang popular di Kota Bharu. Jika tidak pun, boleh sahaja breakfast di mana-dimana kerana Kota Bharu sangat banyak tempat bersarapan yang sedap-sedap.
Sesudah breakfast, anda boleh berehat dahulu di Masjid Muhammadi (antara masjid negeri yang tertua di Kelantan). Berdekatan masjid ini terdapatnya tempat tumpuan utama pelancongan Kelantan iaitu di Kota Sultan Ismail Petra. Anda boleh berjalan kaki untuk bersiar-siar. Antara yang popular ialah Menara Rehal, Muzium Kraftangan, Bank Kerapu, Istana Jahar, Kampung Kraftangan, Muzium Balai Besar dan pelbagai lagi. Baca artikel KotaIsmail Petra ini untuk lebih detail.
Kota Sultan Ismail dan pelbagai monumen bersejarah
Kota Sultan Ismail dan pelbagai monumen bersejarah
Setelah bersiar-siar sehingga waktu tengahari, anda boleh makan tengahari di restoran popular berdekatan iaitu Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan. Dicadangkan menjamu selera antara jam 11.00 pagi – 1.00 ptg untuk mengelakkan kesesesakan orang ramai.
Setelah kenyang, anda bolehlah check-in  di hotel dan berehat. Pada waktu petang, berkunjunglah ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Dalam perjalanan ke PCB, ada banyak gerai menjual jagung rebus. Jadi, belilah untuk dibawa ke pantai. Di pantai, anda boleh bersiar-siar menikmati angin pantai dan boleh mencuba makanan seafood ‘goreng-goreng’ di gerai berdekatan.
Setelah sepetang berada di pantai, perut pun mesti sudah lapar, jadi inilah masanya untuk makan malam. Terlalu banyak pilihan makan malam di Kelantan. Jika anda dari PCB, tempat makan popular yang terdekat ialah di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh yang menyediakan menu ikan bakar dan juga steamboat “chim chum”. Jika sukakan masakan panas dan tomyam popular, boleh berkunjung samaada di Restoran Horizon Garden, Restoran Four Seasons, Restoran Shafie, Restoran Sri Cheng Mai, Restoran Syam dan Restoran Sri Cerana . Jika mahu mencuba nasi kerabu Kelantan yang best, berkunjunglah ke Restoran Yati Ayam Percik. Dicadangkan makan malam antara jam 7.00 ptg – 9.00 mlm untuk mengelakkan kesesesakan orang ramai diwaktu cuti sekolah.
Usai makan malam, penuhilah malam anda dengan bersiar-siar pula di Pasar Malam Wakaf Che Yeh.  Pasar ini adalah pasar malam 24 jam yang sangat meriah terutamanya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Lihatlah pelbagai ragam peniaga dan pembeli di pasar ini.
Wakaf Che Yeh
Wakaf Che Yeh
Hari pun sudah lewat malam, semestinya anda penat dan bolehlah balik ke hotel dan tidur untuk aktiviti esoknya.
HARI KEDUA
Setelah bersarapan di hotel (jika tidak, bersarapanlah di luar dengan memilih senarai tempat sarapan sedap di atas), kemudian terus ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang. Jarak Kota Bharu dengan Rantau Panjang adalah 40km. Sebenarnya ada satu lagi tempat shopping popular yang lain iaitu di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Kami lebih prefer Rantau Panjang kerana lebih banyak pilihan, kawasan pula lebih luas. Di Rantau Panjang, anda boleh membeli pelbagai barangan seperti jersey bola, toto, pinggan mangkuk import dan pelbagai lagi.
rantaupanjangfeatured
Rantau Panjang
Dalam perjalanan ke Rantau Panjang, anda boleh singgah sebentar membeli Serunding Daging Sabariah yang popular di Pasir Mas. Lihat rumah hijau di tepi jalan setelah melalui roundabout lemal, Pasir Mas.
Apabila sudah puas berada di Rantau Panjang dicadangkan solat dan berehat sebentar di Masjid Beijing yang unik terletak di Rantau Panjang.
Jika anda memilih untuk ke Pengkalan Kubor pula, boleh terus ke Pengkalan Kubor setelah bersarapan pagi. Dalam perjalanan ke Pengkalan Kubor dari Kota Bharu, anda akan melintas beberapa tokong Budha yang besar seperti tokong  Wat Photivihan, iaitu patung budha tidur paling besar di asia tenggara. Jika berkesempatan, bolah sahaja singgah untuk mengambil gambar.
Di Pengkalan Kubor, barangan yang patut dibeli juga seperti di Rantau Panjang. Jangan lupa mencuba pelbagai jenis makanan yang dijual di situ.
Selesai di Pengkalan Kubor, waktu petang, bolehlah pergi pula ke Pantai Geting di Tumpat, berdekatan dengan Pengkalan Kubor. Pantai Getting lebih meriah dan suasana juga mendamaikan.
Balik ke hotel dan berehat. Malamnya, boleh makan malam dengan memilih restoran makan malam yang popular.
HARI KETIGA 
Jika hari ketiga hari terakhir anda, anda boleh check in lebih awal sebelum ke Pasar Siti Khadijah. Di Pasar Siti Khadijah, beli ole-ole seperti keropok segera, keropok mentah, serunding daging, dodol. Pilihan kain batik yang berkualiti juga boleh didapati disini. Pada masa yang sama boleh breakfast di Pasar Siti Khadijah iaitu di medan selera tingkat 1.
Pasar Siti Khadijah Kelantan
Pasar Siti Khadijah Kelantan
Setelah puas di Pasar Siti Khadijah, anda dicadangkan berkunjung pula ke Bazar Tok Guru, di sini ada pilihan terbaik untuk shopping pakaian dan kain seperti pelbagai jenis tudung wanita, kain pasang, kain pelikat lelaki, kain sembahyang perempuan dan pelbagi lagi. Harga di Bazar Tok Guru antara yang termurah boleh anda dapati di Kelantan. Gunakan kepakaran anda untuk ‘nego’ harga untuk dapat harga yang lebih murah.
Bazar Tok Guru Kota Bharu
Bazar Tok Guru Kota Bharu
Antara tempat-tempat lain yang boleh dikunjungi jika berkesempatan ialah:
  1. Kompleks KBMall – Kompleks membeli-belah moden yang menjadi salah satu landmark Kota Bharu
  2. Kampung Laut – Menyeberangi Sungai Kelantan untuk ke Kampung Laut. Kampung Laut tempat perusahaan sambal daging dan juga mempunyai beberapa tarikan pelancongan seperti wayang kulit dan kraftangan.
  3. Tok Bali – Berkunjung ke terminal pendaratan ikan Tok Bali dan juga pantai Tok Bali.
  4. Taman Air Splash – Beriadah sambil bawa anak anda mandi kolam di Splash Taman Indera Petra.
  5. Taman Tengku Anis – Beriadah di waktu petang di Taman Rekreasi Tengku Anis.
Jika anda bercuti pada musim cuti sekolah di Kelantan, boleh semak dahulu calendar pelancongan kerana jika berpeluang, anda boleh hadiri pelbagai program dan aktivti yang dianjurkan di Kelantan seperti Pesta Wau Antarabangsa dan lain-lain lagi. 
Selamat bercuti di Kelantan Darul Naim

Rujukan : http://www.cutikelantan.com/blog/aktiviti-percutian-di-kelantan/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © TERATAK SUFI HOMESTAY - HOMESTAY DI KOTA BHARU PASIR PUTEH KETEREH MELOR KELANTAN