nametag

nametag

banner

banner

namecard

namecard

button badge

button badge

kad kahwin

kad kahwin
Ikuti Facebook dan Instagram Kami!

Facebook | Instagram

Selasa, 31 Mei 2016

Rangkaian laluan penerbangan ke Kota Bharu Kelantan

Pengangkutan udara semakin mendapat permintaan bagi anda yang ingin melancong dan bercuti di dalam dan luar negara, lebih-lebih lagi dengan wujudnya “Year of Festival 2015”. Sekarang ini, banyak syarikat penerbangan termasuk penerbangan tambang murah yang menyediakan laluan penerbangan inbound atau outbond ke Kota Bharu, Kelantan iaitu berlepas atau mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa Kelantan.
Antara syarikat yang menawarkan penerbangan dari/ke Kota Bharu termasuklah penerbangan Malaysia (MAS), Air Asia, Malindo Air dan Firefly. Setiap syarikat ini mempunyai kekerapan dan laluan antara bandar yang berbeza di peringkat domestik dan antarabangsa. Jadi, anda bolehlah memilih penerbangan berdasarkan lokasi dituju serta pelbagai tawaran penjimatan dan kemudahan yang disediakan di setiap syarikat penerbangan.
laluan penerbangan kota bharu kelantan

malaysia airlines

Laluan Penerbangan Domestik MAS
Laluan Penerbangan Domestik MAS ke Kota Bharu
Syarikat PenerbanganMalaysia Airlines
Laluan: Kota Bharu (KBR) arrow Kuala Lumpur (KUL) (Setiap hari)


air asia

Laluan penerbangan Air Asia
Laluan penerbangan domestik Air Asia ke Kota Bharu
Syarikat PenerbanganAir Asia
Laluan:
  • Kuala Lumpur (KUL) arrow Kota Bharu (KBR) (Setiap hari)
  • Kuching (KCH) arrow Kota Bharu (KBR) (3 kali seminggu)
  • Kota Kinabalu (BKI) arrow Kota Bharu (KBR) (3 kali seminggu)


Malindo Air

malindo-air-route
Laluan Penerbangan Malindo Air
Syarikat PenerbanganMalindo Air
Laluan:
  • Kuala Lumpur (KUL) arrow Kota Bharu (KBR)
  • Penang (PEN) arrow Kota Bharu (KBR)
  • Subang (SZB) arrow Kota Bharu (KBR)
  • Melaka (MKZ) arrow Kota Bharu (KBR)
  • Ipoh (IPH) arrow Kota Bharu (KBR)


firefly
firefly-route
Laluan penerbangan domestik Firefly ke Kota Bharu
Syarikat PenerbanganFirefly
Laluan:
  • Johor Bahru (JHB) arrow Kota Bharu (KBR) (3 kali seminggu)
  • Penang (PEN) arrow Kota Bharu (KBR) (Setiap hari)
  • Subang (SZB) arrow Kota Bharu (Setiap hari)
  • Langkawi (LGK) arrow Kota Bharu (3 kali seminggu) – Bermula 27 Oktober 2015. Tiket sudah boleh ditempah sekarang
kota bharu to langkawi firefly

Penerbangan mana pilihan anda?
Dengan pelbagai kemudahan pengangkutan udara yang disediakan, kini percutian anda ke Kelantan atau ke mana sahaja semakin mudah. Yang mana pilihan anda?

sumber. cutikelantan.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © TERATAK SUFI HOMESTAY - HOMESTAY DI KOTA BHARU PASIR PUTEH KETEREH MELOR KELANTAN